Untuk pasangan yang nak kahwin
E-kad kahwin yang tetamu buka terus dari satu link.
Pilih tema, hantar maklumat majlis, kami siapkan. Kongsi di WhatsApp, IG atau FB. Tengok demo dulu, percuma.
Apa yang ada dalam kad
Semua 8 tema siap dengan bahagian ini. Tetamu tak perlu muat turun apa-apa aplikasi.
Lagu latar
Lagu pilihan anda mula berbunyi bila tetamu buka kad. Ada butang untuk tutup lagu.
Kiraan hari
Tetamu nampak berapa hari lagi ke majlis anda.
Gambar & galeri
Gambar pasangan, kisah cinta ringkas dan galeri gambar.
Tentatif majlis
Masa dan aturcara majlis, senang dibaca di telefon bimbit.
Kod QR hadiah
Letak kod QR anda sendiri untuk tetamu yang nak beri hadiah wang.
Nama tetamu
Tema 1 hingga 5 boleh tunjuk nama tetamu di kad, guna link khas untuk setiap tetamu.
Apa yang anda perlu hantar
DM sahaja maklumat ini. Kalau belum lengkap pun tak apa, kami boleh mula dengan demo dulu.
- Nama pasangan dan nama ibu bapa
- Tarikh, masa dan tempat majlis
- Tentatif majlis dan kisah cinta ringkas
- 4 gambar untuk galeri dan 2 gambar pasangan
- Satu lagu pilihan
- Kod QR hadiah anda sendiri (kalau mahu)
Cara tempah
- DM kamiBeritahu tema yang anda suka dan tarikh majlis.
- Demo percumaKami siapkan contoh kad dengan maklumat anda. Tengok dulu sebelum bayar.
- Boleh minta ubahNak tukar ayat atau gambar? Beritahu je.
- Bayar & kongsiDeposit 50%, kemudian link akhir diberi selepas bayaran penuh RM30.
Nak lebih istimewa?
E-Kad Khas 3D
Jemputan yang dibuat khas untuk majlis anda. Bila tetamu skrol, mereka seperti berjalan masuk ke majlis. Tengok contoh majlis sebenar dalam Arkib Majlis. DM untuk sebut harga.
Soalan biasa
Tetamu kena muat turun aplikasi ke?
Tak perlu. Tetamu tekan link dan kad terus terbuka di telefon bimbit.
Berapa harga?
E-Kad Tema RM30. E-Kad Khas 3D atau reka bentuk lain, DM untuk sebut harga.
Ada borang RSVP?
Belum ada dalam tema siap sekarang. Kalau anda perlukan, DM dan kita bincang.
Boleh tengok dulu sebelum bayar?
Boleh. Demo dengan maklumat anda adalah percuma. Bayar hanya bila anda setuju.
Jom siapkan e-kad anda
DM kami di Instagram, TikTok atau Facebook. Kami balas secepat mungkin.
Demo percuma dulu, tengok dulu baru buat keputusan.